Nombor Plat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Untukmu Guru
Plat UG diluluskan oleh pihak jabatan Pengangkutan Jalan untuk Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI sebagai tanda ingatan sebuah Universiti yang melahirkan para Guru di Malaysia. Oleh yang demikian, UG dipilih sebagai simbolik 'UNTUKMU GURU' dan menyambut ulangtahun ke 100 tertubuhnya UPSI.
Dana melalui penjualan plat UG ni akan disalurkan dan digunakan untuk tujuan Penyelidikan Universiti dan tabung Hal Ehwal Pelajar serta menjalankan aktiviti-aktiviti yang menaikkan nama UPSI.
Sila semak nombor yang dikehendaki dan lihat status nombor tersebut, pastikan status "AVAILABLE" untuk tempahan.
Membuat tempahan dalam talian untuk plat yang anda inginkan dengan maklumat yang betul. Sila Whatsapp admin kami di (+6011-39619136) untuk mengesahkan tempahan anda.
Pendaftaran plat UG boleh dilakukan mulai Julai 2022.
Pembeli plat ini hanya boleh mendaftar nombor pendaftaran UG di JPJ Wangsa Maju (Kuala Lumpur) dan JPJ Ipoh sahaja.
Hanya surat rasmi yang dikeluarkan oleh urusetia (UPSI dan AQUATWO SDN. BHD. Sahaja) dibenarkan didaftarkan di JPJ. AQUATWO SDN. BHD. tidak bertanggungjawab sekiranya pembeli atau pembida membeli dan menerima surat daripada pihak lain.
Sebarang pertukaran nama dan surat menyurat hanya boleh dibuat di pejabat urusetia mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Plat UG © 2026. Hak Cipta Terpelihara